Rosette Brooch / Corsage
Ambik felt warna merah. Warna hitam pun boleh~ tapi nanti jadi black rose ah.
Potong felt bentuk bulatan kecil dan besar macam dalam gambar. Ukuran agak2 je la..
i gedik guna glittery felt.
Lukis bentuk spiral pada felt yang besar, macam dalam gambar.
Potong..potong..
Lepastu ambil bahagian hujung (luar)spiral letak kat tengah-tengah felt yang lagi satu dan jahit. Kalau tak nak mula dari tengah, boleh juga mulakan dari bahagian tepi luar..erk faham ke?
Jahit sampai habis spiral tadi dan nikmati kecantikan bunga ros buatan anda.
Letakkan pin di bahagian belakang ros tersebut. I guna glue gun.
Ha..dah jadi brooch dah..
Kalau tak nak buat brooch, boleh jugak cantikkan rambut anda.