Thursday, January 21, 2010

Pinwheel Flowers Embroidery



Pinwheel Flowers merupakan sulaman bunga yang paling saya suka.
Ianya comel, cepat dan agak mudah jika dibandingkan dengan Bullion Rose.

Tapi jika anda dah terror seperti Kak Haida atau Nuhaz, Bullion Rose sebenarnya mudah saja :)

Pinwheel flowers ini saya sulam pada baju putih/beige Safiya yang kosong.
Tanpa apa-apa corak atau embellishments, baju ini nampak sungguh bosan :(


Menggunakan 3 warna benang, 2 jarum peniti dan teknik sulaman French Knot dan Lazy Daisy, anda juga boleh belajar sulaman tangan ini berpandukan tutorial berikut :

1. Jarum peniti dicucuk membentuk pangkah seperti berikut. Jangan terlalu lebar ye.


2. Cucuk benang dari arah dalam ke luar dan lilit keempat-empat penjuru seperti berikut.


3. Benang dililit dalam 3 lilitan dan apabila sampai di tempat permulaan benang tadi, cucuk jarum di bahagian luar lingkaran tersebut.


4. Keluarkan kembali jarum ke bahagian dalam lingkaran seperti gambar yang ditunjukkan.


5. Kemudian cucuk kembali ke bahagian luar lingkaran.



6. Kini anda boleh dapati, lingkaran benang telah diikat. Ulangi proses 4 dan 5 untuk tiga pinpoint yang lain.


7.Kesemua empat pinpoint telah diikat dan anda boleh keluarkan jarum peniti.


8. Hiasi bulatan di tengah dengan sulaman French Knot, menggunakan warna benang yang berbeza.



9. Tambahkan helaian daun dengan menggunakan sulaman Lazy Daisy/ Detached Chain.


10. Pinwheel Flower dijahit di sekeliling bahagian neckline baju.


Selain bahagian neckline, anda juga boleh menyerikan bahagian lengan atau hujung baju.
Selamat mencuba!

18 comments:

lia said...

sukanyer!!cute sgt!tak sabar nk buat jugak..thanks for the great tutorial (patutlah blog ni kuar kt paper..;)

ietafakyra said...

heheehhee...semangat waja dura mengajaq! santek2222...i loikkee beb. tapi bila aku nk reti nih...err...hmm.

My Botang said...

It looks sooo easy in your tut..but nnt biler i buat sure tah apa-2 jadiknyer.. but the result is simple and yet makes a lot of difference on the shirt.. very pretty indeed..

faizlily said...

so cute and sweet..

fathiah said...

tq tq..tuto yg mudah faham..result pun sgt cantik..cute cute ;)

Diamilikku said...

tak rugi aku promote blog hang kan...hehehhe..teruskan lagi buat tutorial mcm nih yer...who knows boleh dapat column dalam paper plak

d u r a said...

lia, ieta, sue, faizlily, fathiah, sone
..thanks :)
try la buat senang kan..

neeza said...

cantik.. nmpk senang.. nnt bole try :-)

Naddiea said...

durra,aku baru tau blog hang keluar paper.Congratsss weh!!!bangga aku kawan2 masuk paper neh.Anyway,entry hang ni akan aku jd kan rujukan utk aku buat masa dlm pantang nanti.hihihi....insyaallah..kalo x sibuk buleh la buat.x pun aku order ja ngan hang.hahha..buleh ka durra?

d u r a said...

Neeza, try la. memang senang.just follow step-by-step kat atas tu ok :)

Naddiea,
thanks beb. Shepah ko nak order apa? yg tak berapa time consuming tu boleh la aku usahakan ecece :) email aku @ fb pon boleh..

balkhis said...

best best... sungguh cute... by the way..i baru tahu u roomate member i sekarang...zulfatul husna..dia kim salam =) ...eh nak confirmkan...benang tu DMC punya ker? brp strand guna?

yus said...

waaah..cik durra..
bagus bangat!!

jahit lagi n lagi ye!!

d u r a said...

balkis,
benang DMC tu guna a strand of floss tu la. takde tarik2 buang dah. guna semua.

yus, ye jait lagi dan lagi dan lagi :)

K Wa said...

Durr,

Aku dgn semangatnya beli benang kunon nk ikut tut hg ni..tp erkk dh seminggu dok dlm plastik tu jugak lg..huhuhu..

d u r a said...

laa KWa, hg kena start. once dah start memang payah nak berenti. trust me!
p/s:silap2 ngan baju2 aqil hg nak jahit embroidery haha..

nuhaz said...

hi dura...erm cantik n sweet la.bagus idea u nnti nuhaz leh try lak..nuhaz pun still blaja lg..nyway thanks a lot for ur support :)...nnti psni leh la kt tuko2 idea lak kn?

d u r a said...

nuhaz, thanks dear.
lepas ni boleh tukar2 idea and share knowledge esp dlm area embroidery ni :)

craft art journal said...

This is so sweet and cute. Lovely and easy to follow tutorial. Thanks for sharing! Must try it out one day nanti. :)

Related Posts with Thumbnails