Saturday, February 27, 2010

Muzium Tekstil Negara / National Textiles Museum

Cuti hujung minggu ni, kalau tak tahu nak pegi ke mana, apa kata,
kunjungilah muzium..

Muzium Tekstil Negara menghimpunkan pelbagai khazanah tekstil di Malaysia.
Mula dibuka pada 9 Januari 2010, tiada bayaran masuk dikenakan sehingga hujung bulan Februari 2010.
Jadi, sementara masih tiada bayaran masuk dikenakan, marilah beramai-ramai melawat muzium ni.

I nak karang cerita panjang2 pun, i memang tak pandai mengarang.
Jadi, kita tengok gambar sajalah sempena my visit ke muzium ni baru-baru ini ok...

Muzium ini ada 4 galeri:
1. Galeri Pohon Budi
2. Galeri Pelangi
3. Galeri Teluk Berantai
4. Galeri Ratna Sari

Nota: Gambar2 yang diambil ni adalah secara random. Banyak lagi koleksi menarik di muzium ni yang tidak diambil gambarnya. Boleh ambil gambar kat muzium ni dengan syarat tak ada flash.

Galeri Pohon Budi

Galeri Pohon Budi mempamerkan sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah serta perkembangan tekstil melalui jalan perdagangan. Turut diperagakan adalah peralatan, bahan dan teknik tradisional pembuatan tekstil melalui proses tenunan, sulaman, membatil, tekatan, mengait serta hiasan manik dengan tumpuan kepada tekstil terunggul di negara ini seperti songket, pua kumbu, telepuk, tekatan, keringkam, linangkit, kain pis, hiasan manik dan batik.

 

  
 kasut manik

  
 batik canting

  
 masin jahit sulam. macam tak sangka aje mesin ni boleh jahit sulam kan. tapi betul, dia boleh jahit sulam macam kat baju kebaya pink tu. tak percaya, tengok video kat muzium ni.

  
 bahan2 untuk jahit sulam


Galeri Teluk Berantai
Galeri Teluk Berantai mempamerkan kekayaan, kehalusan dan keindahan koleksi warisan Melayu seperti tekatan, kelingkan, kain tenun, kain limar, songket, kain limar songket tenggarung, kain telepuk, kain berayat dan pelbagai jenis busana.


baju pesak gantung dari 1800an ke 1900an, tak ingat.


Galeri Pelangi
Galeri ini mempamerkan koleksi warisan terpilih seperti kepelbagaian dan perkembangan batik, koleksi masyarakat Cina, Baba dan Nyonya yang kaya dengan sulaman benang sutera, benang emas dan manik‐manik serta koleksi tekstil etnik Sarawak dan Sabah yang penuh dengan kehalusan dan aneka motif.

 
cantik betul sulaman baba & nyonya ni
 tekstil sabah


Galeri Ratna Sari

Galeri Ratna Sari memperagakan barang kemas dan perhiasan diri pelbagai etnik di Malaysia daripada bahan emas, perak, tembaga, manik dan tumbuh‐tumbuhan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Di antaranya ialah mahkota, pemeleh, cucuk sanggul, dokoh, pending, gelang tangan, caping, gelang kaki dan lain‐lain.
 
Galeri yang orang pompuan mesti suka.
Banyak perhiasan dan barang kemas dipamerkan di sini.

  
 
pending atau bahasa omputehnya, buckle.

Jom..jom..pi muzium tekstil.
Dibuka setiap hari kecuali cuti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Kat mana?  dekat2 dengan Dataran Merdeka, Agro Bank & Foodcourt Dayabumi.



Thursday, February 25, 2010

bias tape product

Ingat tak bias tape haritu?

Inilah hasilnya..

pelapik dan belt cover untuk carseat baby Emir.


fabrik ceria tu dari ikea.
two little birdies dari fabrik yang sama,disambung pada belt cover.
senang Emir nak bermain-main, ketika mama atau ayah pandu kereta.

ceritanya pasal carseat Emir.
tapi kenapa gambarnya hanya Safiya ya, tak nampak pulak si Emir.

ha..ni Emir, berwajah baru..
hensem tak Emir botak?

Monday, February 22, 2010

On a Roll

siap jugak pencil roll ni
memang dah lama nak buat tapi tak jalan-jalan.
nasib baik ada Jom Jahit anjuran TiniHani, tolong 'ketuk' sikit kasi jalan  haha
 
 Material yang digunakan 100% felt dan binder menggunakan tali macam tali kasut.
Macam.
Bukan tali kasut.

 Projek yang berada dalam kategori 'paling rajin' sebab 95% handsewn.

yang jahit mesin cuma divider untuk pensel dan jahitan untuk kuatkan tali sahaja.


1/2 bunga kat luar dan 1/2 kat dalam.

Safiya's pencil roll


Sunday, February 21, 2010

Edisi Bayi

burp cloth and bib

S for Syamil
I for Iqram
another S for Sulaiman
and H for Harith

all boys
sorry for the pink burp cloth :P

larger burp cloth as requested by papa Harith :)

materials used for baby bib & burp cloth: flannel, cotton bias tape and aplix hook & loop


Saturday, February 20, 2010

Crafting with Kids

Papier Mache





Fabric Painting







Friday, February 19, 2010

bila kereta rosak di highway PLUS..

kereta rosak di waktu tengahari semasa perjalanan balik kampung sempena cuti CNY ?
jangan panik..ikuti tips2 berikut..
  • cari tempat selamat dan berhentikan kereta
  • kalau oleh cari yang berdekatan dengan pokok supaya ada tempat teduh (terutamanya jika kereta anda rosak di waktu tengahari)
  • nyalakan lampu kecemasan
  • keluar dari kereta
  • pasangkan segitiga kecemasan
  • lintas penghadang jalan dan berkelah sekeluarga di bawah pokok, jangan duduk dalam kereta. bahaya.
  • ambil nombor tanda pada bahu jalan dan telefon PLUS Careline 1-800-88-0000
  • call syarikat insurans atau kalau ada member2 mekanik, ha masa nilah nak bagi business kat member, so call member cepat.
  • paling penting, jangan membebel kepada suami 
nanti bertambah panas. dah la cuaca panas jangan tambah panas lagi okay.

Sementara menunggu bantuan tiba,
pandai-pandai lah buat aktiviti sendiri seperti:

 hidangkan air kepada suami, biar dia fikir action seterusnya.
jamu limau mandarin sekali, jika ada.

 
ajak anak petik bunga

main toddler's game dalam ipod touch

baru perasan kuku kaki si anak lelaki dah panjang.
apalagi, ambik nail clipper dan potong kuku.
(perasan tak, Emir ada birthmark kat kaki kanan.comel)

 camwhore di bawah pokok yang memjadi tempat berteduh

 kalau anak mengantuk, dodoi-dodoikan sehingga tidur

bila anak dah bosan dan buat perangai..
hmmm..hanya mampu berdoa bantuan cepat sampai..

alhamdulillah, doa dimakbulkan
peronda dari PLUS tiba dan pasangkan kon.
dan tak lama lepas tu kawan suami cum mekanik datang dan beri bantuan.
kereta kena tow dan kami balik rumah naik teksi.

Pesanan: berhati-hati di jalan raya dan pastikan kenderaan diperiksa dan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh. Tips penjagaan kereta klik sini.

Tuesday, February 16, 2010

Belts for Kiddos

The lucky kiddos who owned these belts are Safiya & Emir! (obviously, who else?..)

 
Safiya's

 
Emir's

Monday, February 15, 2010

Untuk Cikgu Nora

the simplest tote bag
and pencil case

plain and pure.

cikgu nora nak letak buku panduan mengajar and stationery.

Saturday, February 13, 2010

sesuai ke?

untuk lelaki.
macam tak sesuai aje..
memang tak sesuai.
tambah pulak dengan keychain doraemon safiya tu.

so, i ambik lah pencil case ni ye, hubbylovey.
ingat nak bagi sama macam fabrik laptop sleeve tu.
tapi memang tak sesuai.. haha

siap letak zip untuk jeans lagi.
konon nak tahan lasak lah.
almaklumlah, orang lelaki kan kasar sikit.

tapi takpelah, i buat yang lain lah untuk you ok.

so, this is officially MINE!
:D

Friday, February 12, 2010

Tutorial: Bias Tape

 Ada yang bertanyakan bagaimana menggunakan bias tape maker.


Jadual 1
Ini adalah cara penggunaan bias tape maker yang disertakan bersama-sama bias tape maker yang dibeli.
Namun, jika anda adalah sama seperti saya, yang lebih sukakan photographic tutorial, saya sediakan tutorialnya di bawah:

Cara Memotong Fabrik untuk Bias Tape

Potong fabrik pada kedudukan serong~ 45darjah.

Lebih mudah dan cepat jika menggunakan rotary cutter.
Tetapi jika anda tidak mempunyai rotary set, tandakan kain yang hendak dipotong terlebih dahulu dan potong menggunakan gunting.

Saya hendak membuat bias tape berukuran 1".
Oleh itu, lebar fabrik yang dipotong adalah berukuran 1 7/8" (Sila rujuk Jadual 1)

Teruskan memotong untuk mendapatkan panjang bias tape yang dikehendaki.


Cara Menyambung Fabrik

-1-

-2-

-3-

-4-

-5-
Buka basi jahitan (open seams) dan gunting basi jahitan yang terjulur keluar.

-6-
Fabrik yang siap disambung.


Cara Menggunakan Bias Tape Maker

 Masukkan fabrik ke dalam bias tape maker.
Penggunaan pin dapat membantu untuk mengeluarkan fabrik dengan mudah.

Tarik bias tape maker menggunakan tangan kiri dan seterika menggunakan tangan kanan. 
(proses sebaliknya, sekiranya anda kidal)
 

Bias Tape siap!

Selamat Mencuba :)

Related Posts with Thumbnails