Peralatan yang saya paparkan di sini adalah berdasarkan apa yang saya guna atau yang saya tahu. Terdapat banyak lagi alatan lain yang saya sendiri tak tahu macam mana nak guna. Cikgu KH masa tingkatan 3 dulu pun tak pernah ajar pun. Oh mungkin juga masa dulu alatan itu belum wujud.
Cikgu Kama sendiri pun hanya menggunakan peralatan2 asas yang boleh didapati dalam "Grandma's sewing box" ekekeke..
Ok. Cikgu Kama ialah emak saya. Beliau merupakan guru ERT (ex, sebab sekarang dah pencen) dan beliau tidak pernah mengajar ERT di sekolah saya sebab beliau mengajar sekolah lain. Okey..sebelum saya melalut ke laut, kita kembali ke tajuk asal..
Alat-Alat Jahitan
Gunting
Ini adalah gunting2 yang saya gunakan. Yang besar tu untuk menggunting kain sahaja.
Yang kecik di tengah tu untuk potong benang atau digunakan semasa menjahit sulam tangan.
Gunting warna hijau tu untuk memotong kertas.
Satu hari nanti saya nak ambik pinjam gunting Singer Cikgu Kama yang besar, berat dan bersinar dan juga mahal itu untuk dimasukkan dalam koleksi gunting saya.
Pita Pengukur
Pita pengukur atau measuring tape boleh didapati dalam ukur imperial (inci) dan matriks (cm).
Yang warna biru to retractable tapi dah rosak sebab anak2 suka main tarik2 pastu tekan kat tengah tu dia gulung sendiri.
Kapur, Pensil dan Pen untuk Menanda
Ini merupakan alatan2 yang digunakan melakar pola (pattern) dan menanda basi jahitan (seamline).
Kapur tu saya jarang guna. Saya suka guna pensil warna merah dan biru.
Safiya pun suka guna pensil tu untuk conteng-conteng *sigh*
Pen yang berwarna purple dan biru muda tu saya suka guna juga.
Yang berwarna purple tu -Air Erasable manakala yang berwarna biru tu - Water Erasable.
Bila kita guna pen ini untuk membuat lakaran, dakwat dari air erasable lebih cepat hilang berbanding water erasable. Dakwat dari water erasable pen akan hilang bila kita semburkan air padanya.
Penetas Jahitan
Needle Threader pula digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Saya beli yang banyak dan murah. Beli kat Mydin aje. Tapi jenis ni memang cepat rosak.
Saya guna pembaris pembentuk tu untuk buat bentuk curve pada bahagian bawah baju kurung pahang atau baju kurung pesak gantung.
Pembaris sesiku L tu saya tak pernah guna pun sebab saya tak pernah buat sendiri pola baju.
Tracing Wheel & Thimble
Ok. Ini adalah alat-alat yang saya tak pernah guna dan juga tak tahu namanya dalam bahasa melayu.
Tracing wheel digunakan bersama tracing paper.
Thimble tu digunakan semasa jahit tangan di mana ianya untuk menekan jarum dan lebih relevan digunakan semasa hand basting masa buat quilt.(saya rasa lah, kalau salah tolong betulkan ye :)
Kapur tu saya jarang guna. Saya suka guna pensil warna merah dan biru.
Safiya pun suka guna pensil tu untuk conteng-conteng *sigh*
Pen yang berwarna purple dan biru muda tu saya suka guna juga.
Yang berwarna purple tu -Air Erasable manakala yang berwarna biru tu - Water Erasable.
Bila kita guna pen ini untuk membuat lakaran, dakwat dari air erasable lebih cepat hilang berbanding water erasable. Dakwat dari water erasable pen akan hilang bila kita semburkan air padanya.
Penetas Jahitan
Oh ini adalah favourite saya.
Penetas jahitan( Seam Ripper / Seam Unpicker) ini digunakan untuk membuka jahitan atau membuat lubang butang.
Jarum & Needle Threader
Jarum untuk jahitan tangan.Ada bermacam jenis. Gunalah ikut kesesuaian.
Contoh, jarum yang panjang dan nipis macam kat tengah di antara 3 jarum tu digunakan untuk menjahit manik. Jarum Milliners pula selalunya digunakan untuk sulaman benang khasnya untuk menjahit bullion.
Jarum Peniti
Ada macam-macam bentuk jarum peniti ni.
Saya suka guna jarum peniti yang panjang dan ada kepala warna warni tu.
Gunalah jarum peniti yang tajam supaya tidak merosakkan fabrik.
Pembaris
Pembaris sesiku L dan pembentuk digunakan untuk membuat pola (pattern) baju.Saya guna pembaris pembentuk tu untuk buat bentuk curve pada bahagian bawah baju kurung pahang atau baju kurung pesak gantung.
Pembaris sesiku L tu saya tak pernah guna pun sebab saya tak pernah buat sendiri pola baju.
Tracing Wheel & Thimble
Ok. Ini adalah alat-alat yang saya tak pernah guna dan juga tak tahu namanya dalam bahasa melayu.
Tracing wheel digunakan bersama tracing paper.
Thimble tu digunakan semasa jahit tangan di mana ianya untuk menekan jarum dan lebih relevan digunakan semasa hand basting masa buat quilt.(saya rasa lah, kalau salah tolong betulkan ye :)
Benang
Benang juga ada bermacam jenis dan kegunaan.
Macam gambar kat atas ni ada benang cotton, polyester, rayon, benang getah(elastic thread) dan benang untuk jahit tepi.
Tapi jika anda baru mula nak menjahit. beli saja benang biasa tu, jenis spun polyester.
Saya suka beli yang banyak-banyak colour kat Mydin.
Ini pula adalah benang yang digunakan untuk sulaman tangan dan cross-stitch.
Benang yang bersusun dalam bekas tu, saya buat sendiri tempat lilit benang tu hehe..
ala..potong kertas keras aje, pastu lilit benang.
Ini pula adalah benang yang digunakan untuk sulaman tangan dan cross-stitch.
Benang yang bersusun dalam bekas tu, saya buat sendiri tempat lilit benang tu hehe..
ala..potong kertas keras aje, pastu lilit benang.
Ram
Ram yang digunakan untuk meregangkan kain semasa sulaman tangan, sulaman riben dll.
Ada ram dari kayu, plastik dan getah.
Gambar di atas menunjukkan ram plastik dan kayu.
Jarum Sulaman Riben dan Penebuk Kain
Jarum yang digunakan untuk sulaman riben dan penebuk kain untuk memudahkan jahitan sulaman riben.
Selain daripada mesin jahit dan juga seterika dan ironing board, senarai di atas adalah alat-alat jahitan asas.
Alatan yang tidak tersenarai di atas, pada saya adalah lebih kepada 'gadget', di mana kalau kita memilikinya, ianya banyak membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan kerja.
Oh ya, ada satu lagi benda yang penting - buku nota untuk mencatat nota, ukuran atau untuk conteng-conteng.
ini saya punya..alamak nampak sangat notebook company
Sekian sajalah untuk entry kali ni.
Next time saya update lagi untuk alat2 yang lain. Daaa!
Next time saya update lagi untuk alat2 yang lain. Daaa!
13 comments:
hehehe....dlm byk2 alat hg ni, aku ada jarum, benang n penetas benang ja wei! cukup la sekadar nk jahit butang kalo tercabut. hihihihii...dura! suka gilerr tgk hang panjat jait...keep up the good job beb!
hai salam kenal..
bagus juga share alat2 jahitan ni. dalam banyak2 alat ni, pembaris pembentuk tu saya paling tak pandai guna, selalu terpatah dek anak2 je..
good informative n3. for additional, rotary cutter juga bole digunakan untuk memotong kain especially curvy line..
oh, nak cakap jugak- seam ripper tu adalah kawan baik semasa menjahit.. heheh
ieta,
ok la tu kalo setakat nak jahit butang tercabut :)
[n.a.i],
hi salam kenal.
masa beli pembaris tu dulu, saya tak tau pun apa gunanya. lama2 baru tahu hehe..
neeza,
rotary cutter & the gang will be in the nxt entry. mcm panjang sangat entry kali ni..anyway thanks babe..
tenkiu dura...share....tak sabar tunggu next entri sbb yang ni semua saya dah lama ade...cuma belum beli cutter & the gang tulah....nak tahu juga tu untuk apa.... :)
cik dura, melalui pengetahuan cetek hamba, thimble tu gunanya untuk hand quilting.. hehe..
byk btol peralatan menjahit.. saya seam ripper pun xde.. haha.. tetas jahitan guna gunting benang.. haha..
Diesha,
you're welcome :)
Zila mamaDaniel,
ya betullah tu..
ehehh..kena beli tau seam ripper tu. senang nak tetas jahitan..singgit jer :)
dura,best la baca entry ni..mcm dok kt kelas KH plak..hehe.bila tgk alat2 jahit kt atas ni,terasa byk plak alat yg belum ada lagi...
Lia,
alat2 ni kalau tak lengkap pun boleh jugak menjahit. tapi biasalah, nama pon pompuan, kalo nampak kt kedai mesti nak beli jugak..lama2 jadi banyak & sometimes tak guna pon hehe..
well equip with tools for better work ^ ^
nice one, i like it!
dura.. sudah lama ku mencari penanda (air/water) soluble itu.. beli kat mana yeak?
fit,
yang water/air soluble tu senang sikit nak jumpa kat kedai jahit.
kedai jahit biasa2 pun selalu ada.
kalo kat KL, kedai bunga reben jln TAR ada yang air soluble tu.
where can i find jarum peniti? mydin ke? saya nak cari bukan yang kepala yang warna tu. kacin kepala halus...kecik tu...untk pin selendang....tolongggg
Post a Comment