kunjungilah muzium..
Muzium Tekstil Negara menghimpunkan pelbagai khazanah tekstil di Malaysia.
Mula dibuka pada 9 Januari 2010, tiada bayaran masuk dikenakan sehingga hujung bulan Februari 2010.
Jadi, sementara masih tiada bayaran masuk dikenakan, marilah beramai-ramai melawat muzium ni.
I nak karang cerita panjang2 pun, i memang tak pandai mengarang.
Jadi, kita tengok gambar sajalah sempena my visit ke muzium ni baru-baru ini ok...
1. Galeri Pohon Budi
2. Galeri Pelangi
3. Galeri Teluk Berantai
4. Galeri Ratna Sari
Nota: Gambar2 yang diambil ni adalah secara random. Banyak lagi koleksi menarik di muzium ni yang tidak diambil gambarnya. Boleh ambil gambar kat muzium ni dengan syarat tak ada flash.
Galeri Pohon Budi
Galeri Pohon Budi mempamerkan sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah serta perkembangan tekstil melalui jalan perdagangan. Turut diperagakan adalah peralatan, bahan dan teknik tradisional pembuatan tekstil melalui proses tenunan, sulaman, membatil, tekatan, mengait serta hiasan manik dengan tumpuan kepada tekstil terunggul di negara ini seperti songket, pua kumbu, telepuk, tekatan, keringkam, linangkit, kain pis, hiasan manik dan batik.
kasut manik
batik canting
masin jahit sulam. macam tak sangka aje mesin ni boleh jahit sulam kan. tapi betul, dia boleh jahit sulam macam kat baju kebaya pink tu. tak percaya, tengok video kat muzium ni.
bahan2 untuk jahit sulam
Galeri Teluk Berantai
Galeri Teluk Berantai mempamerkan kekayaan, kehalusan dan keindahan koleksi warisan Melayu seperti tekatan, kelingkan, kain tenun, kain limar, songket, kain limar songket tenggarung, kain telepuk, kain berayat dan pelbagai jenis busana.
baju pesak gantung dari 1800an ke 1900an, tak ingat.
Galeri Pelangi
Galeri ini mempamerkan koleksi warisan terpilih seperti kepelbagaian dan perkembangan batik, koleksi masyarakat Cina, Baba dan Nyonya yang kaya dengan sulaman benang sutera, benang emas dan manik‐manik serta koleksi tekstil etnik Sarawak dan Sabah yang penuh dengan kehalusan dan aneka motif.
cantik betul sulaman baba & nyonya ni
tekstil sabah
Galeri Ratna Sari
Galeri Ratna Sari memperagakan barang kemas dan perhiasan diri pelbagai etnik di Malaysia daripada bahan emas, perak, tembaga, manik dan tumbuh‐tumbuhan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Di antaranya ialah mahkota, pemeleh, cucuk sanggul, dokoh, pending, gelang tangan, caping, gelang kaki dan lain‐lain.
Galeri yang orang pompuan mesti suka.
Banyak perhiasan dan barang kemas dipamerkan di sini.
pending atau bahasa omputehnya, buckle.
Jom..jom..pi muzium tekstil.
Dibuka setiap hari kecuali cuti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Kat mana? dekat2 dengan Dataran Merdeka, Agro Bank & Foodcourt Dayabumi.
7 comments:
wahhh..dahling...
dah beratus kali i lalu kat tempat tu tapi tak pernah perasan pun muzium ni. hebatt!!
suka sangat dengan baju pesak gantung tu - klass!
this year, i bawak balik set mencanting.ambitious (kononnya)nak canting batik summer ni. harap-harap menjadi...pfuhhh!
masa i gi bukit tinggi indonesia, mmg awek2 minang tu jahit sulam tu pakai mesin singer hitam tu..tp mak aii halus giler..harga mestilah mahal sbb detail kerja nye..
kat mana eh muzium ni?
thanks durra for reviewing the museum... i always wonder what's inside it each time i pass it on the way to work... maybe someday i'll pay the visit...
i like your blog
Lynn,
muzium ni baru lagi. kalau bukan dekat dgn ofis i, i pun tak perasan lols..
Mai,
kalau i tak pergi muzium ni, memang tak percaya la mesin vintage tu bole buat sulam secantik ni.
Muzium ni atas sikit dari Dataran Merdeka, dekat dgn Dayabumi. building yg Moorish architecture tu :)
Faizlily,
ye pegi la..tak ramai org yang pergi pun..maybe tak ramai yang tahu pasal this museum.
Mariati,
thanks :)
thanks for visiting muzium tekstil negara... u may add on facebook.. search for muzium tekstil negara or email: muzium.tekstil@gmail.com
Thanks for visiting the museum. We hope all your friends and family will visit the museum in due course. We are organising talks and activities pertaining to textiles and fashion soon. Log on to our facebook. Terima kasih
Post a Comment