Tehehe.. dah agak lambat, tetap nak ucap SELAMAT HARI RAYA untuk semua (still in Raya mood,no?!). Raya tahun ni, eventho' beraya di rumah parents-in-law for the 3 years in a row, tetap yeay kerana:
1. Beraya dengan additional new members of the family ~ emir yang cool & cheeky but cranky at times..
emir pakai baju kecik yang cute macam emir jugak
2. Bersyukur dapat puasa penuh sebulan ~ the wonders of brestfeeding , syukur alhamdulillah tahun depan tak payah ganti.
3. First time buat baju kurung, buat pakai raya pulak tu...sila clap-clap to dura, TQ. big achievement ni..siap ada jahit beading tu..tak pernah lagi buat keje macam ni tau.
Ini baju Safiya. Kalau perasan, pesak baju ni bukan pesak yang ada kekek tu. Pesak gantung pun bukan. Pesak bersambung kot namanya..heheh.
Pic yang atas sekali tu..jahitan manik di bahagian leher baju safiya dan di hujung lengan baju mama safiya yang dijahit di pagi raya..huhu..
Ok tiga aje..
okay tipu, ada banyak lagi sebenarnya tapi kurang rajin nak taip..
Disebabkan tahun ini sangat sibuk menjahit baju raya.. the catch is.. no homemade kuih raya at all, semua beli aje..cheh..
Nak sambung makan kuih raya cicah sirap dulu okey.. Selamat Hari Raya!
2 comments:
Jahitan beads tu lawa..cemana hg buat yg mcm buah ceri tuh?? cumel..sungguh rajin..
ada step by step.nanti aku email hang yah..
Post a Comment