Thursday, September 16, 2010

aidilfitri 2010

ucapan selamat hari raya untuk semua daripada azzahra, nuril & safiya

raya tahun ni, azzahra nak pakai jubah(abaya), safiya & nuril ikut je lah. pagi raya baru siap jubahnya hehe..

ok, dah penat posing, panas & mengantuk. nuril je maintain senyum :)


iman & emir juga mangucapkan selamat hari raya


emir yang paling suka beraya di kampung. boleh berlari sesuka hari kat luar rumah tanpa memakai kasut :P

Thursday, September 9, 2010

hati di kampung

tahun ini diisytiharkan bahawa the faizal clan akan beraya di kampung ****, jitra, kedah . yay!

walaupun mama & ayah tak beraya bersama kami adik beradik sebab beraya di tanah suci mekah buat kesekian kalinya (lost count already), raya tahun ni pasti meriah walaupun sambutan sederhana sahaja.
(sederhana sebab takde sapa nak buat nasi tomato ayam masak merah sesedap masakan mama huhu..) tapi takpe, sebab tok ada untuk buat ketupat palas.. yay lagi!!

dah terbayang-bayang dah....


iman, ayaya, safiya, nuril dan emir berlari-larian kat laman rumah..


bunga apentah mama tanam, eh ke pak teh tanam..
eh, harini 9 sept., birthday mama. happy birthday mama! i love u sooo much!


sawah bendang, namanya pun negeri jelapang padi kan..
(seperti biasa, korek gambar lelama, safiya sungguh chubby masa ni)


sarang burung tempua ayah ambik kat mana ntah..


bunga kantan kat belakang rumah, nak ambik buat laksa yummmmehh...

I am so looking forward to Raya

Selamat Hari Raya semua,
Maaf Zahir & Batin.



p/s: lepas raya kita kongsi-kongsi cerita & gambar lagi yeah..♥

Wednesday, September 8, 2010

siri baju raya - the sweetest pink

sweet sangat dress ni

for 2 y.o Honey


sweet frills ~


bottom ruffles ~

i hope it fits well on Honey :)

siri baju raya - purple dress for hannah

mommy hannah kata, hannah banyak sangat baju warna pink. jadi kali ini, nak baju warna purple pulak.


hannah's flare dress with frills and bottom band

purple is royalty, for Princess Hannah ♥

Tuesday, September 7, 2010

siri baju raya - alya #2

baju alya lagi...
it's a sleeveless tie-back dress with small bows @ shoulder.


concealed zipper and cute button @ the back


siri baju raya - alya #1

pink + purple dress with big bow


concealed zipper at the back with purple candy button for closures.

for sweet Alya, little daughter of Salwana, my lovely, returned customer.

Monday, September 6, 2010

iftar @ sari ratu

hujung-hujung bulan posa ni, malas sungguh rasanya nak masak untuk berbuka..bahahaha ok..ok..tipu..tipu..memang tak penah masak pun untuk berbuka. selama ni masak kat bazaar ramadhan saja..

ok, memandangkan yours truly memang tak rajin memasak dah en. hubby pun sungguh murah rezeki dan bersedia untuk belanja lagi, destinasi buka puasa yang seterusnya adalah restoran sari ratu, kota damansara ~ indonesian authentic masakan minang nasi padang.

macam biasa, posing sebelum makan..
mujur dapat tempat kat dalam walaupun lambat buat reservation. budak duorang ni memang sesuai tempat duduk macam ni sebab nak buaihhh nanti.


partner-in-crime


watermelon juice, orange juice & es teler

ikan monster sudah mari..
ikan nila atau bahasa malaysianya, ikan talapia.


rendang minang, kacang buncis, sambal udang petai


asam pedas ikan merah (dapat bahagian ekor je, bahagian lain orang sudah chopp daa), sambal sotong, gulai tendon & cili hijau apentah namanya..

verdict: semua pedas gila kecuali kicap yang cicah ikan talapia tu je manis..

takut betul tengok ikan ni.. tu..tu tengok mata dia tu..garang..

Pos Insurans Raya

salam,
hi friends..

dah buat persiapan untuk balik kampung ke?
kepada sesiapa yang nak balik kampung dan  travel long journey tu, saya cadangkan supaya anda mengambil polisi insurans pos raya.


anda hanya perlu bayar RM6 untuk pelan individu atau RM20 untuk pelan keluarga (terhad sehingga 5 ahli keluarga). Dengan adanya polisi ini, anda dan keluarga bukan sahaja dilindungi 24 jam sehari terhadap semua jenis kemalangan, anda juga mendapat manfaat sebanyak RM100 sekiranya kehilangan dokumen sekiranya anda diragut. Untuk maklumat lanjut, sila baca brochure di atas :)

Tempoh perlindungan bermula esok , 7 Sept. sehingga 21 Sept.

Lepas bayar, terus dapat sijil insurans seperti di bawah


apa tunggu lagi, silalah ke Pos Malaysia yang berdekatan :)

Friday, September 3, 2010

minnie mouse inspired hairband



to go with this dress

yup, it's baby wani's dress


Pp/s: sorry emir, mama had to borrow your head, lol

Thursday, September 2, 2010

fasting and feasting

nampaknya acara berbuka puasa di restoran marche telah dijadikan acara tahunan bagi keluarga mohd faizal.
last year kami dapat meja betul-betul berdepan dengan play area. so, safiya asyik nak maaain aje.
kali ni, dapat meja yang luas, so tak nampak sangat yang kami ambik banyak makanan. special thanks to mr. ayah who financed the event...tahun-tahun seterusnya harap belanja lagi yea :)



tengah sabar menunggu makanan sampai


yay, makanan dah sampai


in the name of gluttony. ah, takdelah..kami amik yang termampu makan je heh~


budak tak puasa yang paling sibuk chopp makanan


budak tak puasa merasmikan makanan


yummeh..

tapi tengok makanan kat atas tu, tak nampak macam bukak puasa event pon kan..

ye la, namanya pon swiss restaurant, mana nak dapat tepung pelita, lompat tikam, cucur udang, karipap, popiah, nasi kerabu, ayam goreng berempah semua...

lagi seminggu nak raya..
rasa macam baru je kita berpuasa..


Wednesday, September 1, 2010

siri baju raya - baby wani

fabrik corak rama-rama warna ceria, semua orang suka.


dress untuk baby wani yang bakal berumur 1 tahun lepas raya ni.
dengan tali ikat di belakang..awww, harap bertambah cute la..  ♥




Related Posts with Thumbnails