Ramai yang tanya mana i beli Mek Manny yang tolong gayakan baju Safiya tu.
Ni ha alamat kedai dalam business card ni:
ada 2 address kat situ, tapi i beli kat Jalan Kenanga, KL. belakang Flat San Peng kat Pudu tu. ada gak orang panggil Flat Sampin. lebih kurang la kan San Peng - Sampin hehe..
Ok nak cakap awal2, jangan tanya pasal instructions nak pegi situ, sebab i pon ajak my cousin yang pandai/rajin menjahit tu teman i pergi sana. I memang fail bab2 jalan KL neh.. kalau nak tau, tanya my cousins The Seamstressess tu. bila tanya tu, order tote bag sekali.
jangan marah ye iti & irah ♥ (",)
jangan marah ye iti & irah ♥ (",)
haih macam-macam ada kat kedai tu..kalo boleh semua nak grab. ye la tengah gila jahit kan. mesti la semua yang berkaitan dengan dressmaking i nak grab semua. duit je takde huhu..
tapi kalau anda tukang jahit professional atau nak buka butik ke, memang sesuai la beli kelengkapan kat sini. serba lengkap. pelbagai jenis mannequin dari saiz adult sampai saiz kanak-kanak , steamer (macam org iron baju kat butik tuh), rak baju, hanger etc etc..
tapi kalau anda tukang jahit professional atau nak buka butik ke, memang sesuai la beli kelengkapan kat sini. serba lengkap. pelbagai jenis mannequin dari saiz adult sampai saiz kanak-kanak , steamer (macam org iron baju kat butik tuh), rak baju, hanger etc etc..
nak tengok lagi..sila jengok website Pacific Artificial Model Trading Sdn Bhd.
yang i beli yang itu, size A23 tu..
dress foam kanak-kanak tapi saiz paling besar. sebab saiz lain dah habih la pulak.. harga dalam RM150-160 cenggitu la. waktu tu ada 5% discount. tak ingat exact price, resit dah hilang..
kat situ memang jem gila. kalau pergi naik kereta memang kena 3-4 kali pusing baru dapat parking kot. alternatif lain, naik LRT berhenti kat stesen Hang Tuah. Itu pun don't ask me how sebab i pi naik kereta..huhu..
kat situ memang kawasan orang jual/beli borong. sebab tu la sesak gila. jangan kata penjual pasar malam je beli situ, orang yang ada butik pon ambik baju kat situ jugak kot. memang murah. kalau kita orang yang tak berniaga ni nak beli pon boleh, tapi ada minimum quantity la bergantung kepada berapa kaler baju yang kita nak tu ada.
let say kita berkenan satu dress ni. dress tu ada kaler pink, hitam, biru, hijau, kelabu, putih, kena la kita ambik 6 helai, semua kaler. pastu pandai-pandai la juai kat member, adik beradik, mak sedara, nenek sedara, jiran tetangga..dengan syarat depa pon berkenan la dengan design dress yang kita berkenan tu.harga memang murah, satu baju dapat dalam RM20-24 selai, baju yang sama jual kat Jalan TAR RM45.
bukan dress, tunic etc aje dijual borong nih,yang lain2 pon ada seperti jubah, tudung, baju kurung moden, handbag, women accessories, kasut, kemeja lelaki etc... pakaian dalam pon ada.
sapa yang nak pergi Jalan Kenanga ni, diucapkan Selamat Memborong!
jangan lupa bawak duit lebih untuk contigency okay!