sekali baca tajuk macam duran duran. eleh korang muda-muda mesti tak tau band duran duran kan..i pun tau satu lagu je~come undone.
ok sebenarnya nak cite pasal durian. skang ni kan musim durian.
durian yang baru dikutip di dusun penuh dengan daun kering yang kena tikam dengan duri dia. ambik penyapu lidi kontot dan bersihkan kulit. baru cantik rupa dia.
pak tih dengan hasil kutipan di dusun
lagi gambar durian dan buah-buahan tempatan, clockwise: rambutan, durian, dokong, durian lagi. eheh sapa budak kecik tu?
eh budak kecik tu lagi. dah terserlah hantu durian ke ni?
ok..ok..ok.. kena mengaku sekarang.
gambar-gambar di atas adalah tipu kalau cakap itu adalah musim durian tahun ni.
itu musim durian dua tahun lepas.
budak kecik itu adalah safiya yang berumur setahun setengah.
sedih..sedih..sedih.. tahun ni, durian di dusun tak menjadi sangat.
pokok durian yang dari zaman nenek moyang dah tak nak keluarkan buah, tsk..mungkin dah bersara kot.
hasil durian tahun ni adalah dari pokok -pokok yang muda.
tak ada lagi belibis, ketaq dagu, puteri emas dll.tsk..
ayah kata mungkin disebabkan ini.
bukit yang togel kat belakang tu disebabkan oleh aktiviti pebalakan yang berleluasa.
mungkin kena panggil karam singh walia ke sini..