Showing posts with label ottobre. Show all posts
Showing posts with label ottobre. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Baju Tidur #2

Adik ada, Kakak mesti ada juga.
Adik punya fabrik dari Ikea, Kakak pun dari Ikea juga.
Adik punya ada kolar, Kakak punya pun mesti ada kolar juga.




The rounded edges of Peter Pan collar..
sesuai untuk baju budak perempuan.
Tapi kenapa namanya Peter Pan..bukan ke Peter Pan tu boy?


hehe nak tayang bahagian belakang pulak..
ecece..mentang2lah dah pandai jahit kolar hehe..


Lagi sekali tayang..side view pulak dah..

Cik empunya baju..
besar sikit..takpe, sengaja buat besar boleh pakai lama huhu..
Baju ni memang roomy. 
Sesuai dengan Safiya yang selalu gatal2 apabila berpeluh. 
Senang nak selak baju bila nak garu dia.
Pattern dari majalah Ottobre 3/2006, design no.18.

haih..huduh betoi dinding tu kena conteng dengan Si Safiya nih..
tunggu dekat raya lah baru cat balik..

♥ xoxo ♥

Tuesday, February 2, 2010

Ottobre Sew along - Fuchsia Pink Dress FOR SALE

oh malunya bila tengok blog kawan2 yang lain semua dah siap dress untuk Ottobre Sewalong dan tersedar i yang paling lambat siap. padahal haritu, i yang paling teruja nak join.ah tak kisah lah yang penting siap jugak dress tu kan.. kan.. kann...

so, inilah dress yang lambat tu. warna purplish-pink or fuchsia pink.

kalau ikut design asal, bottom band tu sebenarnya lebar. tapi i pendekkan dia sebab i guna kain pink yang plain aje. lepastu rasa macam tak cantik kalau lebar :P

 
untuk frills dress ni, i kemaskan dengan menggunakan narrow hem foot -jahitan zigzag.


 
kemasan bahagian lengan pula, i guna  bias tape.

ok. sekarang nak tengok model kecik gayakan pula tak?


huhu.. selalunya bila jahit dress, i selalu buat 1 or 2 size bigger. konon boleh pakai lama. tapi kali ni bersaiz-saiz bigger. labuh sampai kaki.
 
ok. model dah sangat tidak mahu berkerjasama dalam memberikan pose-pose yang HOT, dan akhirnya merajuk..

model ini merajuk dan nampaknya beliau tak mahu pakai dress ni lagi.

So,
I'm thinking of letting this baby(the dress, not the model :D) go @ RM35.00 (domestic postage included).
Made of lightweight cotton fabric.
Length of dress (measured from neckline) 24inch 
Very roomy kind of dress and i think it can easily fitted up to 7 y.o kid (Please note that my model is 3+y.o)
Payment via CIMB only.
Ready stock. Available for sale. One item only.

Anyone interested?
do drop me an email  dura6769@gmail.com :)

---------------------------------------------------
quick update!
thanks a zillions to the buyer who'd also received this..
hairband!

p/s: i dah basuh dulu baju tu, siap letak softlan satu penutup penuh hehe  :)

thanks again!

Tuesday, January 12, 2010

Sew & Show with Zura & Dura

Whoa, i love words & phrases that rhyme!




Ok. Talk no more. Let's head over to Zura's blog for detail explanations.

Gang, come join us!

Thursday, December 31, 2009

Ottobre

I selalu juga bloghop tengok blog2 jahitan omputeh ni. Blog diorang ni best2 dan very inspiring.

Ramai makcik-makcik saleh ni yang jahit guna pattern Ottobre Design magazine.

Ottobre adalah majalah pattern dari Finland. Published by Studio Tuumat Oy. Dikeluarkan dalam bahasa Finnish, Swedish, Dutch, German dan English.

Ada dua jenis: Ottobre Kids Fashion untuk kanak-kanak dan Ottobre Women untuk wanita.

Harga memang mahal sebab European magazine. Tapi I tetap tergedik-gedik juga nak beli majalah ni.

Walaupun mahal tapi agak berbaloi sebab dalam 1 isu ada lebih kurang 35-40 designs. 


  Ni yang I beli. Issue Summer 3/2009 dan Summer 3/2006. English Edition. 
I tak reti Finnish, German, Swedish atau Dutch.


Designs for Issue 3/2009

Instructions for each design.Simple instruction, tapi bolehlah..



and all those little lines that will make me crazyyy..
 

Yup. Design2 ini pertu ditekap dulu atas kertas lain.Kalau guna pattern envelope macam Simplicity tu boleh gunting terus.

Tapi takpe, cuti hujung minggu ni I akan menghabiskan kudrat I untuk menekap design2 ni.

Kalau nak design free from Ottobre boleh klik sini.

Tahun depan I pasti banyak jahit menggunakan design2 dari Ottobre. Yeehaa!

Till then, HAPPY NEW YEAR 2010!






Related Posts with Thumbnails