Showing posts with label sewing. Show all posts
Showing posts with label sewing. Show all posts

Friday, May 14, 2010

hannah's

a dress for my colleague's daughter
fully lined bodice with 3-tier skirt

Tuesday, May 11, 2010

comei lotei

kecik aje baju ni, untuk rakan sepejabat nak bagi kat anak buahnya yang baru lahir

tambah butang ni bertambah comei :)

Wednesday, April 28, 2010

Sundress For Sale!

hi viewers..

sebenarnya my cousin & i nak join jualan Bazaar Puteri Pos
anjuran Puteri Pos Malaysia pada hari Jumaat ni.
tu yang busy gila tu.
dah la di pejabat sibuk, di rumah bertambah siibukk..sibuk menjahit heheh..
walau sesibuk manapun,
untuk menghargai para pembaca blog durra's doodle , saya buat pre-sale kat blog dulu.
jika ada yang berminat cepat-cepatlah grab ya. 
very special price untuk anda semua tau. 
Pre-sale ni sah sehingga Khamis 29 April 2010 sahaja ok.

Dresses ready to be sold
 Very limited quantity & Very Special Price
Grab it NOW 
as offer is good until Thursday 29.04.2010, 5.30pm only 
Those who are interested, please SMS me at 0.1.2.6.1.7.8.0.5.2


Sundresses
Sweet and simple sundress that grows with your little girl.
Adjustable straps that tie on the shoulders
When it becomes too short as a dress, make it as a top!





Sundress #1: Scarlet
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




Sundress #2: Wink wink PINK
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




Sundress #3: Truelove knot
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




Sundress #4: smell like a ROSE
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 38 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




Sundress #5: babette barDOT
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 38 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock.




Baby Dresses
cute baby dress for your cute baby. just loveable.

DB #1: Sway Gray
Size: 1 (will fit approximately 9 - 20 months old), length: 18"(45cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




DB #2:  flare affair
Size: 1 (will fit approximately 9 - 20 months old), length: 18"(45cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD

  additional info: payment  CIMB or Maybank

 berminat? 
SMS 0.1.2.6.1.7.8.0.5.2 Now!





Tuesday, April 27, 2010

Dress AF

ini bukan dress AF Akademi Fantasia ya. 
ni dress AF Aqif Farhana yang punya..

kain dikirim oleh mamanya. jauh wo..dari brisbane nun.. 
dress design pun dipilih oleh mamanya..
berdasarkan design pumpkin patch tu..
tapi si tukang jahit ada buat sikit perubahan lah.. kira ok la tu kan...


dress #1: flare type
ada big ribbon.
boleh bukak masa nak basuh ye..


dress #2 : tiered type
mencabar jugak rupanya nak jahit frills kat lengan tu ya.


tak sabar nak tengok AF berpusing-pusing dengan dresses baru!

Thursday, April 15, 2010

i see apples

safiya suka sangat skirt denim ni.

skirt dari zaman safiya masih bayi, saiz 1T.

kadang-kadang pakai sampai nampak panty sebab skirt makro mini.


safiya suka kain ostrolia corak epal & butterlies.

jadi mama safiya tambahkan satu tier lagi untuk skirt ni, corak epal..

dengan lima applique epal comel  

sekarang, makro mini bertukar menjadi super mini 

Monday, April 12, 2010

Pleated Plaid Skirt

disebabkan teruja untuk masuk sewalong with maya, maka terhasil lah pleated plaid skirt ni.
tengok..safiya pun teruja pakai pleated skirt ni..
sambil buat peace, sampai juling2 mata..

tapi ni pleated skirt dalam mode malas.
maksud saya, nak jahit tu rajin, sebab teruja kann..
tapi nak iron tu agak malas.

kalau nak buat box pleat, kena rajin iron
oleh kerana tak rajin nak iron, maka jadi pleated skirt stail ni je la..

haha..tak guna seterika langsung tau
lagipun saya guna fabrik jenis wool, macam susah sikit nak iron, kena tekan seterika tu lama sikit, kalo tidak tak lekat lipatan tu.. yadayada..<--sume tu alasan malas nak iron..eh kejap seterika, kejap iron..

sambil jahit, sambil lipat untuk pleats tu..
all pleats facing the same direction, iaitu ke kiri.


bahagian pinggang letak getah
ada zip kat tepi supaya senang masuk punggung huhu, atas zip ada cangkuk, ala-ala macam jahit kain baju kurung lah ni
berjaya jahit zip, walaupun tak kemas sangat :D

go mama go!(clap, clap) 

dalam nada cheerleading cheer ek *wink*wink*




Tuesday, April 6, 2010

Baju Tidur #2

Adik ada, Kakak mesti ada juga.
Adik punya fabrik dari Ikea, Kakak pun dari Ikea juga.
Adik punya ada kolar, Kakak punya pun mesti ada kolar juga.




The rounded edges of Peter Pan collar..
sesuai untuk baju budak perempuan.
Tapi kenapa namanya Peter Pan..bukan ke Peter Pan tu boy?


hehe nak tayang bahagian belakang pulak..
ecece..mentang2lah dah pandai jahit kolar hehe..


Lagi sekali tayang..side view pulak dah..

Cik empunya baju..
besar sikit..takpe, sengaja buat besar boleh pakai lama huhu..
Baju ni memang roomy. 
Sesuai dengan Safiya yang selalu gatal2 apabila berpeluh. 
Senang nak selak baju bila nak garu dia.
Pattern dari majalah Ottobre 3/2006, design no.18.

haih..huduh betoi dinding tu kena conteng dengan Si Safiya nih..
tunggu dekat raya lah baru cat balik..

♥ xoxo ♥

Monday, April 5, 2010

Baju Tidur #1

I finally finished Emir's PJ set.
I just love this IKEA fabric print.

Here it is. The fruit of my labour.

The Shirt

The Pants
The Collar close-up..
Yay! i did it..beautifully.. *perasan*

Front View

Right Hand Side View

Left Hand Side View

Hey-See-My-Collar View

I-want-to-sleep-oledi-loh.. View

♥ xoxo ♥

Wednesday, March 31, 2010

Come Full Circle

I initially wanted to make circle dress like Maya's merry-go-round dress . 
Maya, thanks for the inspiration!,

then I was contemplated to make it as a bubble dress 
by adding elastic and a-line skirt inside, 
inspired from Oliver and S's bubble dress (Nope, i don't have the pattern)

visualising that my version of bubble dress will turn out like this
source:Google image


and now, I've come full circle, back to circle dress.

fully lined bodice
buttonholes yang wajib senget  T_T

Hence, bubble dress will be parked in Project-I'd-Like-To-Do-Someday list :P

p.s: saya refer tutorial kat sini.

Tuesday, March 23, 2010

Refashion: A suit for sleeping..Zzzzz..

Dah lapan tahun rasanya i beli kemeja ni. 

Dalam lapan tahun tu, hanya sekali je i pakai pegi kerja.Sebab-->rasa macam pakai baju tido.Nak buat kain buruk, macam sayang pulak. Sebab tu i simpan. Yes, I am a HOARDER!

Masa kemas-kemas baju lama, terjumpa baju ni and datang idea untuk buat baju tido.Ye la.. kan corak macam baju tido. But it's not for me...it's for my boy, Emir..

Untuk seluar, i guna bahagian lengan baju. Pola seluar ikut seluar Emir.
Bahagian badan.

Bahagian lengan, i guna bahagian hujung lengan baju asal yang ada cuff tu.

Yang ni pembantu baru i, mr. Sewing Gauge.
Senang nak ukur jarak untuk buat lubang butang.
I kena tambah lagi satu lubang butang sahaja. Yang lain i guna lubang butang yang sedia ada.

Proses yang lain-lain tu, antaranya..tukar butang baru warna baby blue dan tambah bias tape.
i tambah poket kecil untuk menambahkan kecomelan baju ini :P

..and, this is the end result..

 Baju

Seluar
nampak sexy pulak tang crotch area tu kan..hihi..

Last but not least, 
dimodelkan oleh tuan empunya pyjama, Emir..
 ceria sungguh dia dengan gigi dua batang :D


Missy Skirts

For young ladies of six and three

Tuesday, March 2, 2010

LBD stands for Little Blue Dress


This is just another shirred dress for my girl.

Safiya who doesn't like to wear 'sexy' dress before,
is extremely happy to wear this dress
during the current extremely warm climate.


This dress looks so comfy and roomy on her.

i'm happy when she doesn't take her dress off immediately after the photoshooting session.
a sign that she loves her new dress very much! :D


Thursday, February 25, 2010

bias tape product

Ingat tak bias tape haritu?

Inilah hasilnya..

pelapik dan belt cover untuk carseat baby Emir.


fabrik ceria tu dari ikea.
two little birdies dari fabrik yang sama,disambung pada belt cover.
senang Emir nak bermain-main, ketika mama atau ayah pandu kereta.

ceritanya pasal carseat Emir.
tapi kenapa gambarnya hanya Safiya ya, tak nampak pulak si Emir.

ha..ni Emir, berwajah baru..
hensem tak Emir botak?

Related Posts with Thumbnails