Saturday, July 31, 2010

durian durian

sekali baca tajuk macam duran duran. eleh korang muda-muda mesti tak tau band duran duran kan..i pun tau satu lagu je~come undone.

ok sebenarnya nak cite pasal durian. skang ni kan musim durian.
durian yang baru dikutip di dusun penuh dengan daun kering yang kena tikam dengan duri dia. ambik penyapu lidi kontot dan bersihkan kulit. baru cantik rupa dia.


pak tih dengan hasil kutipan di dusun


lagi gambar durian dan buah-buahan tempatan, clockwise: rambutan, durian, dokong, durian lagi. eheh sapa budak kecik tu?


eh budak kecik tu lagi. dah terserlah hantu durian ke ni?


ok..ok..ok.. kena mengaku sekarang.
gambar-gambar di atas adalah tipu kalau cakap itu adalah musim durian tahun ni.
itu musim durian dua tahun lepas.
budak kecik itu adalah safiya yang berumur setahun setengah.



sedih..sedih..sedih.. tahun ni, durian di dusun tak menjadi sangat.
pokok durian yang dari zaman nenek moyang dah tak nak keluarkan buah, tsk..mungkin dah bersara kot.
hasil durian tahun ni adalah dari pokok -pokok yang muda.
tak ada lagi belibis, ketaq dagu, puteri emas dll.tsk..


ayah kata mungkin disebabkan ini.
bukit yang togel kat belakang tu disebabkan oleh aktiviti pebalakan yang berleluasa.


mungkin kena panggil karam singh walia ke sini..

9 comments:

Ayu said...

Nasib baik buat pengakuan jujur ni gambag musin durian 2 thn lepaih. Klu thn ni punya..hmmm..ni yg nak hot ni sbb tak ajak.isshh..issh... terliug dah ni. Anyway oghang kata klu nak bg durian tu berbunga & berbuah kena amik daun2 dia bg cium.. hmm..tak tau la ni teori sapa tp cuba try tgk.

Diamilikku said...

tu lah pasai..aku tgk pun rasa2 mcm safiya..hehehhehe...takkan emir kot kan....sib baik hang mengaku...

d u r a said...

kak ayu, tahun ni, durian tu still ada la..tapi not from our favourite pokok, yang ditanam oleh our great ancestors. mungkin pokok2 durian tu pon dah terlalu tua. tapi yg tak bestnya, manggis pon dah tak bape berbuah ni. pokok menggis pon boleh guna kaedah cium daun jugak ke.kena bagitau pak tih ni.he's the orchard guardian.

sone, pikir-pikir telek-telek gambaq balik, rasa mcm safiya umoq 8 bulan masa ni..

SM79 said...

masa mula2 aku tau dh entry lepas... cuma ak dok pikiaq hg copy paste sbb x dak pica tuk thn nih.. rupanya.... hahahaha len plak ceritanya....

sabaq ja la.. ak ni mmg hantu durian... dusun ak cuma pasr mlm ja la... huhuhuhu sekali beli mmg seraga la....

Erpha Ahdayani. said...

dear dura

sedihnya... nasib yang sama menimpa dusun bpk erpha jugak.. tak berbuah musim ni. tp nasib baik kat bintulu ni masih ada jual, tak sesedap buah bpk huhu... tapi bersyukur la kan bagi hantu durian macam erpha ni.. :)

Diana said...

entry hang telah membuatkan aku teringin nak start enjin keta pi beli durian dok juai kat taman seberang tpt aku nih...hihihi...tp lps makan ari tu aku pening sket, maybe faktor umur?eh, aku muda lagik...hihihii

iEtaFAkyR@ said...

tiba2 emir pakai baju pink! ahhahahaa, hg propa la dura. seb bek aku rasional :D hihihihihi... ala sian, tk leh pesta durian besar-besaran. beli la sebijik dua utk lepaskan kemaruk. :(

fham5579 said...

hahaah aku pn hampir tertipu..bila aku baca n tgk gambaq mcm penah view dh dlu2..saipa dia naik kt entry yg br update...sungguh tertipu....aku juga durian lover...and sudah turun juga kepada anakku si irfan..kopak duit aku everytime nmpk jual dia nk beli..yg heran kt sini semedang ja ada jual durian...

Jessica said...

lovely blog dura.....i was googling for dress form and found your blog...it inspired me to start sewing again and i think i just got better:) I do love those dresses you made..to go with those CUTE panties:) FAB work!!!!

Related Posts with Thumbnails