Saturday, February 13, 2010

sesuai ke?

untuk lelaki.
macam tak sesuai aje..
memang tak sesuai.
tambah pulak dengan keychain doraemon safiya tu.

so, i ambik lah pencil case ni ye, hubbylovey.
ingat nak bagi sama macam fabrik laptop sleeve tu.
tapi memang tak sesuai.. haha

siap letak zip untuk jeans lagi.
konon nak tahan lasak lah.
almaklumlah, orang lelaki kan kasar sikit.

tapi takpelah, i buat yang lain lah untuk you ok.

so, this is officially MINE!
:D

Friday, February 12, 2010

Tutorial: Bias Tape

 Ada yang bertanyakan bagaimana menggunakan bias tape maker.


Jadual 1
Ini adalah cara penggunaan bias tape maker yang disertakan bersama-sama bias tape maker yang dibeli.
Namun, jika anda adalah sama seperti saya, yang lebih sukakan photographic tutorial, saya sediakan tutorialnya di bawah:

Cara Memotong Fabrik untuk Bias Tape

Potong fabrik pada kedudukan serong~ 45darjah.

Lebih mudah dan cepat jika menggunakan rotary cutter.
Tetapi jika anda tidak mempunyai rotary set, tandakan kain yang hendak dipotong terlebih dahulu dan potong menggunakan gunting.

Saya hendak membuat bias tape berukuran 1".
Oleh itu, lebar fabrik yang dipotong adalah berukuran 1 7/8" (Sila rujuk Jadual 1)

Teruskan memotong untuk mendapatkan panjang bias tape yang dikehendaki.


Cara Menyambung Fabrik

-1-

-2-

-3-

-4-

-5-
Buka basi jahitan (open seams) dan gunting basi jahitan yang terjulur keluar.

-6-
Fabrik yang siap disambung.


Cara Menggunakan Bias Tape Maker

 Masukkan fabrik ke dalam bias tape maker.
Penggunaan pin dapat membantu untuk mengeluarkan fabrik dengan mudah.

Tarik bias tape maker menggunakan tangan kiri dan seterika menggunakan tangan kanan. 
(proses sebaliknya, sekiranya anda kidal)
 

Bias Tape siap!

Selamat Mencuba :)

Thursday, February 11, 2010

jalur dan belang

masih berkaitan seluar.
untuk Emir.
sebab Emir kekurangan seluar.
sebab setiap kali lepas poo-poo mesti kena tukar seluar.
(E pooed 4x/day)

 
seluar macam kat atas ni guna kain rm3/meter.
murah kan.
pastu dapat satu seluar Emir & satu seluar Safiya.
Safiya suka kain jenis ni..licin..dia cakap'kain geli-geli' hihik


yang ini guna kain 'knit'.

topstitch guna twin needle.
bila dah guna, susah nak berhenti.
ok tipu. sebenarnya malas nak tukar jarum.
last-last, semua pun nak jahit topstitch twin needle.

ok, gambar model  wajib ada.
Emir dengan seluar baru.
seluar je baru, baju "hands-me-down" dari kakak.
sebab tu lah warna pink.


Monday, February 8, 2010

Camouflage

I made two simple pants in camouflage prints for my kids.
 
The blue camouflage pants is for my darling daughter.
It supposed to be in pink but she insisted on the blue colour.

 
my Miss Smarty Pants
pagi petang siang malam asyik nak pakai baju princess aje..


The brown camouflage pants is for momma's boy.
beli fabrik ni kat kamdar jln TAR.. 3 days after, pergi lagi nak beli dah habis..T_T

 

Let's see whether this pants really camouflaged with the sofa..


Yeah, it works!
I barely see the pants now..

Another military action..
 
 
Ok..ok..enough on taking pictures..

 
mama kena buat susu sekarang..chiow!

Friday, February 5, 2010

The Tools of The Trade - Sewing Gadget

Kali ni saya nak berkongsi tentang "gadget" pula.
Kenapa saya namakan ia "gadget" -kerana bagi saya benda-benda ni kalau tak ada pun tak apa, kita tetap boleh menjahit dengan jayanya.
Tapi kalau kita memiliki alat2 ini, ianya dapat membantu memudahkan dan mempercepatkan kerja jahit-menjahit atau berkraf.
Dan saya pilih untuk memilikinya..ngehngeh..

Rotary Cutter, Ruler and Mat
Ada pelbagai jenama untuk rotary set, contohnya Fiskars, Clover dll. 
Saya memiliki rotary set berjenama Olfa.

Rotary cutter mempunyai pelbagai saiz blade
For beginners, saya cadangkan beli saiz 45mm.

Rotary mat pula lazimnya adalah self-healing. 
Elakkan simpan di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari dan haba untuk elak dari cepat rosak. 
Belilah saiz yang besar, nanti senang nak potong fabrik yang besar.
Tapi ikut kesesuaian jugalah, kalau besar sangat nanti tak ada tempat nak simpan pulak.

Kalau dah ada rotary cutter dan rotary mat, kenalah ada acrylic ruler pula -->hah baru lengkap satu geng.

Rotary set ni amat berguna masa buat patchwork & bias tape.

Loop Turner
Loop turner adalah alat yang kat atas sekali tu.
Fungsinya adalah untuk menterbalikkan kain yang telah dijahit dalam bentuk tube seperti spaghetti straps, button loop & belt.

Alat yang di tengah tu , saya pun tak tahu apa namanya.
Salah satu fungsinya adalah untuk mencangkuk getah.
Tapi kalau setakat nak masukkan getah untuk seluar atau skirt, saya lebih suka guna cara tradisional/konvensional iaitu menggunakan safety pins macam dalam gambar :P


Bias Tape Maker
Dengan adanya bias tape maker, anda boleh buat bias tape menggunakan fabrik yang anda suka.
dan saya memang suka bila boleh buat bias tape ikut suka saya..

Nak lagi senang, disarankan potong fabrik mengikut saiz yang dikehendaki menggunakan rotary cutter.
hah, cepat aje siap. lepas tu, tinggal iron aje. alih2 dah siap bias tape custom made :)

Bias tape maker yang ditunjukkan dalam gambar bersaiz 1" dan 1/4", jenama Clover dan Prym.


My wishlist for gadget / tools:
  • pinking shear
  • seam gauge
  • tailor's ham

Related Posts with Thumbnails