Monday, September 6, 2010

iftar @ sari ratu

hujung-hujung bulan posa ni, malas sungguh rasanya nak masak untuk berbuka..bahahaha ok..ok..tipu..tipu..memang tak penah masak pun untuk berbuka. selama ni masak kat bazaar ramadhan saja..

ok, memandangkan yours truly memang tak rajin memasak dah en. hubby pun sungguh murah rezeki dan bersedia untuk belanja lagi, destinasi buka puasa yang seterusnya adalah restoran sari ratu, kota damansara ~ indonesian authentic masakan minang nasi padang.

macam biasa, posing sebelum makan..
mujur dapat tempat kat dalam walaupun lambat buat reservation. budak duorang ni memang sesuai tempat duduk macam ni sebab nak buaihhh nanti.


partner-in-crime


watermelon juice, orange juice & es teler

ikan monster sudah mari..
ikan nila atau bahasa malaysianya, ikan talapia.


rendang minang, kacang buncis, sambal udang petai


asam pedas ikan merah (dapat bahagian ekor je, bahagian lain orang sudah chopp daa), sambal sotong, gulai tendon & cili hijau apentah namanya..

verdict: semua pedas gila kecuali kicap yang cicah ikan talapia tu je manis..

takut betul tengok ikan ni.. tu..tu tengok mata dia tu..garang..

Pos Insurans Raya

salam,
hi friends..

dah buat persiapan untuk balik kampung ke?
kepada sesiapa yang nak balik kampung dan  travel long journey tu, saya cadangkan supaya anda mengambil polisi insurans pos raya.


anda hanya perlu bayar RM6 untuk pelan individu atau RM20 untuk pelan keluarga (terhad sehingga 5 ahli keluarga). Dengan adanya polisi ini, anda dan keluarga bukan sahaja dilindungi 24 jam sehari terhadap semua jenis kemalangan, anda juga mendapat manfaat sebanyak RM100 sekiranya kehilangan dokumen sekiranya anda diragut. Untuk maklumat lanjut, sila baca brochure di atas :)

Tempoh perlindungan bermula esok , 7 Sept. sehingga 21 Sept.

Lepas bayar, terus dapat sijil insurans seperti di bawah


apa tunggu lagi, silalah ke Pos Malaysia yang berdekatan :)

Friday, September 3, 2010

minnie mouse inspired hairband



to go with this dress

yup, it's baby wani's dress


Pp/s: sorry emir, mama had to borrow your head, lol

Thursday, September 2, 2010

fasting and feasting

nampaknya acara berbuka puasa di restoran marche telah dijadikan acara tahunan bagi keluarga mohd faizal.
last year kami dapat meja betul-betul berdepan dengan play area. so, safiya asyik nak maaain aje.
kali ni, dapat meja yang luas, so tak nampak sangat yang kami ambik banyak makanan. special thanks to mr. ayah who financed the event...tahun-tahun seterusnya harap belanja lagi yea :)



tengah sabar menunggu makanan sampai


yay, makanan dah sampai


in the name of gluttony. ah, takdelah..kami amik yang termampu makan je heh~


budak tak puasa yang paling sibuk chopp makanan


budak tak puasa merasmikan makanan


yummeh..

tapi tengok makanan kat atas tu, tak nampak macam bukak puasa event pon kan..

ye la, namanya pon swiss restaurant, mana nak dapat tepung pelita, lompat tikam, cucur udang, karipap, popiah, nasi kerabu, ayam goreng berempah semua...

lagi seminggu nak raya..
rasa macam baru je kita berpuasa..


Wednesday, September 1, 2010

siri baju raya - baby wani

fabrik corak rama-rama warna ceria, semua orang suka.


dress untuk baby wani yang bakal berumur 1 tahun lepas raya ni.
dengan tali ikat di belakang..awww, harap bertambah cute la..  ♥




Related Posts with Thumbnails