tapi sejak ada belog ni, ada pulak kategori hutang yang baru - hutang tag. ni pon kena settle pelan-pelan..
mula2 nak settle-kan tag dari sone, tag kasut.ha korang jgn ingat aku buat tak paham je bila kena tag tau, ai ingat & noted semua tag yang ai kena tag tau.
memandangkan harini baru tergerak hati nak buat tag kasut ni, dok cari jugak gambar-gambar kasut.result: takde gambar kasut sendiri dalam simpanan. kasut anak2 adala. dah lama ambik gambar, konon2 nak buat kenangan. alang2 dah ada, letak jugakla kasut depa..
ni kasut ms safiya. yang selipar tak ambik la pulak. ok. sebenarnya kasut2 kat atas ni lah yg paling cantik. yang lain tak mau kira.sekarang ni yang muat hanya yang putih paling kiri ada gambar kucing. yg lain2 tu dah kena simpan untuk hands-me-down kat adik(s) lah.
emir pulak sekarang dok pakai yg kaler brown tu. ada gambar car kat strap dia. first shoes dah tak muat. yang brown tu second shoes. berat kemain. kesian jugak masa mula pakai sebab agak berat. dahle baru boleh berjalan. tapi sekarang dah ok dah. yang dua atas tu, abang iman(my nephew) yang bagi masa pegi sarawak haritu. kasut abang iman zaman kecik2. dua-dua beli kat jepun masa abah dia(my bro) kursus kat sana. tu yang tahan lama tu kot padahal dah lapan tahun simpan rasanya.
kasut yang dark brown tu, dah dekat dua tahun dah rasanya dok kat office ni. memang nampak cantik, suci , mulus la sebab memang jarang pakai. perhiasan kat office je. standby kot-kot ada meeting ke apa. sebab kalau pi office hari-hari saya akan pakai kasut yang kasual macam kasut yang kedua itu.kasut yang akan dilanyak hari-hari style macam kasut yang colour beige tu la. jenis wedges. pi office pon pakai kasut jenis tu, outings pun pakai kasut jenis tu. ya, saya bukan ratu kasut macam ieta haha..
kasut-kasut tu sebenarnya ada kisahnya. ceritanya, satu hari tu, saya kena pergi kl convention centre kat klcc untuk hantar document. pastu terasa nak pakai kasut brown tu. pergi klcc naik lrt dari stesen pasar seni. masa jalan ke lrt tu, it was quite a distance, dah terasa sakit kaki dah. sampai2 klcc,aarghhh, the shoes was killing me! lepastu pikir nanti nak jalan lagi lalu kat taman pulak baru sampai kl convention centre. matila..
dari lrt nak masuk suria klcc, kedai kasut pertama yang kita jumpa adalah hush puppies. terus singgah situ dan beli kasut yang kaler beige tu. terus tukar kasut masa tu jugak.legaaa kaki ai...begitulah ceritanya..
terima kasihla kerana susah2 je baca post kali ni, macam membebel pulak i rasa..sekian..satu hutang tag selesai, there will be more coming up ;P
6 comments:
wah!!!!!!!!! cumils222... a aaa kan. kasut damia pun berlambak dok ada, nnt aku nk suh sesapa wat tag kasut anak lah. ahahhahaaa... wei dura, tiba2 nama aku naik! mana ada ratu... kutu jer la. hahaaaahhhaa... btw kasut hush pup hang sgt comei, aku suka gak! :D
Ida
Nak tanya kat Daiso ada jual rotary cutter
well done..hehhehehe..dah berkurun lama pun hang masih jawab no..baguih hang ingat semua..aku banyak yang aku lupa ... hahahahah....
Ieta, owwhh damia pon ratu kasut macam ibu dia jugak ka aaaaa..larikkk..
Anon/Ida, kat daiso@the curve & daiso@one utama takde rotary cutter rasanya. hope that helps.
Sone, a ah aku ingat & buat note lagi. lenkali aku wat lagi ek. banyak lagi ni..pelan-pelan buat, tapi mesti buat hehe..
dura...aku tgk post ni, teringat yg aku kalau kena tag dgn sone bab kasut sure fail sbb aku mmg takdak kasut...hahaha...kasut nisa lg byk dr kasut aku...
dd, kasut bb & toddlers mmg comei2 kan. lagi tempted nak beli dari beli kasut sendiri hee;)
Post a Comment