memang tak suka terbeban dengan hutang ni. tak kira la hutang apa pon, kalau boleh nak settle cepat2. sekarang ni hutang credit card, saya akan bayar full every month. hutang pinjaman rumah tak leh nak buat apa dah, mana nak cekau rm banyak2 untuk buat full settlement. nasib baik kereta takde hutang. itu pon tahaaan je tengok orang pakai keta baru & beso, kita pakai keta comel je, sebab malasss buat hutang baru. tsk.
tapi sejak ada belog ni, ada pulak kategori hutang yang baru - hutang tag. ni pon kena settle pelan-pelan..
mula2 nak settle-kan tag dari
sone,
tag kasut.ha korang jgn ingat aku buat tak paham je bila kena tag tau, ai ingat & noted semua tag yang ai kena tag tau.
memandangkan harini baru tergerak hati nak buat tag kasut ni, dok cari jugak gambar-gambar kasut.result: takde gambar kasut sendiri dalam simpanan. kasut anak2 adala. dah lama ambik gambar, konon2 nak buat kenangan. alang2 dah ada, letak jugakla kasut depa..
ni kasut ms safiya. yang selipar tak ambik la pulak. ok. sebenarnya kasut2 kat atas ni lah yg paling cantik. yang lain tak mau kira.sekarang ni yang muat hanya yang putih paling kiri ada gambar kucing. yg lain2 tu dah kena simpan untuk hands-me-down kat adik(s) lah.
emir pulak sekarang dok pakai yg kaler brown tu. ada gambar car kat strap dia. first shoes dah tak muat. yang brown tu second shoes. berat kemain. kesian jugak masa mula pakai sebab agak berat. dahle baru boleh berjalan. tapi sekarang dah ok dah. yang dua atas tu, abang iman(my nephew) yang bagi masa pegi sarawak haritu. kasut abang iman zaman kecik2. dua-dua beli kat jepun masa abah dia(my bro) kursus kat sana. tu yang tahan lama tu kot padahal dah lapan tahun simpan rasanya.
ha, ni baru je snap gambar tadi. kasut yg ada kat pejabat ni aje la. satu kasut yang memang standby kat office. satu lagi kasut yang saya pakai harini. kebetulan la pulak, dua-dua brand yang sama.
kasut yang dark brown tu, dah dekat dua tahun dah rasanya dok kat office ni. memang nampak cantik, suci , mulus la sebab memang jarang pakai. perhiasan kat office je. standby kot-kot ada meeting ke apa. sebab kalau pi office hari-hari saya akan pakai kasut yang kasual macam kasut yang kedua itu.kasut yang akan dilanyak hari-hari style macam kasut yang colour beige tu la. jenis wedges. pi office pon pakai kasut jenis tu, outings pun pakai kasut jenis tu. ya, saya bukan ratu kasut macam
ieta haha..
kasut-kasut tu sebenarnya ada kisahnya. ceritanya, satu hari tu, saya kena pergi kl convention centre kat klcc untuk hantar document. pastu terasa nak pakai kasut brown tu. pergi klcc naik lrt dari stesen pasar seni. masa jalan ke lrt tu, it was quite a distance, dah terasa sakit kaki dah. sampai2 klcc,aarghhh, the shoes was killing me! lepastu pikir nanti nak jalan lagi lalu kat taman pulak baru sampai kl convention centre. matila..
dari lrt nak masuk suria klcc, kedai kasut pertama yang kita jumpa adalah hush puppies. terus singgah situ dan beli kasut yang kaler beige tu. terus tukar kasut masa tu jugak.legaaa kaki ai...begitulah ceritanya..
terima kasihla kerana susah2 je baca post kali ni, macam membebel pulak i rasa..sekian..satu hutang tag selesai, there will be more coming up ;P