Wednesday, April 28, 2010

Sundress For Sale!

hi viewers..

sebenarnya my cousin & i nak join jualan Bazaar Puteri Pos
anjuran Puteri Pos Malaysia pada hari Jumaat ni.
tu yang busy gila tu.
dah la di pejabat sibuk, di rumah bertambah siibukk..sibuk menjahit heheh..
walau sesibuk manapun,
untuk menghargai para pembaca blog durra's doodle , saya buat pre-sale kat blog dulu.
jika ada yang berminat cepat-cepatlah grab ya. 
very special price untuk anda semua tau. 
Pre-sale ni sah sehingga Khamis 29 April 2010 sahaja ok.

Dresses ready to be sold
 Very limited quantity & Very Special Price
Grab it NOW 
as offer is good until Thursday 29.04.2010, 5.30pm only 
Those who are interested, please SMS me at 0.1.2.6.1.7.8.0.5.2


Sundresses
Sweet and simple sundress that grows with your little girl.
Adjustable straps that tie on the shoulders
When it becomes too short as a dress, make it as a top!





Sundress #1: Scarlet
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




Sundress #2: Wink wink PINK
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




Sundress #3: Truelove knot
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




Sundress #4: smell like a ROSE
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 38 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




Sundress #5: babette barDOT
Size: 3 (will fit approximately 2-3 y.o), length: 21"(54cm)
Special Price: RM 38 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock.




Baby Dresses
cute baby dress for your cute baby. just loveable.

DB #1: Sway Gray
Size: 1 (will fit approximately 9 - 20 months old), length: 18"(45cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD




DB #2:  flare affair
Size: 1 (will fit approximately 9 - 20 months old), length: 18"(45cm)
Special Price: RM 28 0nly. Domestic postage included!
Availability: Ready in stock. SOLD

  additional info: payment  CIMB or Maybank

 berminat? 
SMS 0.1.2.6.1.7.8.0.5.2 Now!





Tuesday, April 27, 2010

Dress AF

ini bukan dress AF Akademi Fantasia ya. 
ni dress AF Aqif Farhana yang punya..

kain dikirim oleh mamanya. jauh wo..dari brisbane nun.. 
dress design pun dipilih oleh mamanya..
berdasarkan design pumpkin patch tu..
tapi si tukang jahit ada buat sikit perubahan lah.. kira ok la tu kan...


dress #1: flare type
ada big ribbon.
boleh bukak masa nak basuh ye..


dress #2 : tiered type
mencabar jugak rupanya nak jahit frills kat lengan tu ya.


tak sabar nak tengok AF berpusing-pusing dengan dresses baru!

Friday, April 23, 2010

my busy mode is ON!


just too busy
will update next week


Wednesday, April 21, 2010

Pyjama Party

pajama party or pyjama party or slumber party or sleepover party

Party dress code: clad in your favourite PJs, accompanied by your favourite pillow, blanket and bolster
there'll be giggles and makeover, for sure..

there'll be movies, games , treats for everyone..
it's a party that's packed with fun!

ok..ok.., tu parti orang..
nak tengok pyjama parteyy Safiya & Emir?




fun in their own way...
antara 'kawan' yang hadir
Dora, Tinger, Elmo and Wingo the car :)

I feel proud looking at my kids in their PJs, something that I made for them myself.
Tapi bila DH ajak dinner kat luar haritu.
dan cakap tak payah salin baju bebudak tu, pakai PJs kain Ikea tu aje..
rasa macam segan pulak, tambah2 tetiba DH tukar plan,
asal nak pergi The Curve, alih2 pegi Ikea.
Nanti orangramai tengok.."eh..eh sama la macam kain Ikea yang I plan nak buat bedsheet or curtain tu.."
iisshhh malu kan..
tapi belasah je lah..malas nak tukar2 baju,
lagipun tak sampai 10mins from home to Ikea, the Curve, etc..

Nonetheless, when my kids are so excited about their new baju,
this motivated me to make another for them
*happy*




Thursday, April 15, 2010

i see apples

safiya suka sangat skirt denim ni.

skirt dari zaman safiya masih bayi, saiz 1T.

kadang-kadang pakai sampai nampak panty sebab skirt makro mini.


safiya suka kain ostrolia corak epal & butterlies.

jadi mama safiya tambahkan satu tier lagi untuk skirt ni, corak epal..

dengan lima applique epal comel  

sekarang, makro mini bertukar menjadi super mini 

Monday, April 12, 2010

Pleated Plaid Skirt

disebabkan teruja untuk masuk sewalong with maya, maka terhasil lah pleated plaid skirt ni.
tengok..safiya pun teruja pakai pleated skirt ni..
sambil buat peace, sampai juling2 mata..

tapi ni pleated skirt dalam mode malas.
maksud saya, nak jahit tu rajin, sebab teruja kann..
tapi nak iron tu agak malas.

kalau nak buat box pleat, kena rajin iron
oleh kerana tak rajin nak iron, maka jadi pleated skirt stail ni je la..

haha..tak guna seterika langsung tau
lagipun saya guna fabrik jenis wool, macam susah sikit nak iron, kena tekan seterika tu lama sikit, kalo tidak tak lekat lipatan tu.. yadayada..<--sume tu alasan malas nak iron..eh kejap seterika, kejap iron..

sambil jahit, sambil lipat untuk pleats tu..
all pleats facing the same direction, iaitu ke kiri.


bahagian pinggang letak getah
ada zip kat tepi supaya senang masuk punggung huhu, atas zip ada cangkuk, ala-ala macam jahit kain baju kurung lah ni
berjaya jahit zip, walaupun tak kemas sangat :D

go mama go!(clap, clap) 

dalam nada cheerleading cheer ek *wink*wink*




Thursday, April 8, 2010

Nak tahu di mana boleh beli Mannequin / Dress Form / Dress Foam?

 
Ramai yang tanya mana i beli Mek Manny yang tolong gayakan baju Safiya tu.

Ni ha alamat kedai dalam business card ni:
ada 2 address kat situ, tapi  i beli kat Jalan Kenanga, KL. belakang Flat San Peng kat Pudu tu. ada gak orang panggil Flat Sampin. lebih kurang la kan San Peng - Sampin hehe..

Ok nak cakap awal2, jangan tanya pasal instructions nak pegi situ, sebab i pon ajak my cousin yang pandai/rajin menjahit tu teman i pergi sana. I memang fail bab2 jalan KL neh.. kalau nak tau, tanya my cousins The Seamstressess tu. bila tanya tu, order tote bag sekali. 
jangan marah ye iti & irah ♥ (",)

haih macam-macam ada kat kedai tu..kalo boleh semua nak grab. ye la tengah gila jahit kan. mesti la semua yang berkaitan dengan dressmaking i nak grab semua. duit je takde huhu.. 

tapi kalau anda tukang jahit professional atau nak buka butik ke, memang sesuai la beli kelengkapan kat sini. serba lengkap. pelbagai jenis mannequin dari saiz adult sampai saiz kanak-kanak , steamer (macam org iron baju kat butik tuh), rak baju, hanger etc etc..

yang i beli yang itu, size A23 tu..
dress foam kanak-kanak tapi saiz paling besar. sebab saiz lain dah habih la pulak.. harga dalam RM150-160 cenggitu la. waktu tu ada 5% discount. tak ingat exact price, resit dah hilang..

kat situ memang jem gila. kalau pergi naik kereta memang kena 3-4 kali pusing baru dapat parking kot. alternatif lain, naik LRT berhenti kat stesen Hang Tuah. Itu pun don't ask me how sebab i pi naik kereta..huhu..

kat situ memang kawasan orang jual/beli borong. sebab tu la sesak gila. jangan kata penjual pasar malam je beli situ, orang yang ada butik pon ambik baju kat situ jugak kot. memang murah. kalau kita orang yang tak berniaga ni nak beli pon boleh, tapi ada minimum quantity la bergantung kepada berapa kaler baju yang kita nak tu ada.
let say kita berkenan satu dress ni. dress tu ada kaler pink, hitam, biru, hijau, kelabu, putih, kena la kita ambik 6 helai, semua kaler. pastu pandai-pandai la juai kat member, adik beradik, mak sedara, nenek sedara, jiran tetangga..dengan syarat depa pon berkenan la dengan design dress yang kita berkenan tu.harga memang murah, satu baju dapat dalam RM20-24 selai, baju yang sama jual kat Jalan TAR RM45.

bukan dress, tunic etc aje dijual borong nih,yang lain2 pon ada seperti jubah, tudung, baju kurung moden, handbag, women accessories, kasut, kemeja lelaki etc... pakaian dalam pon ada.

sapa yang nak pergi Jalan Kenanga ni, diucapkan Selamat Memborong!
jangan lupa bawak duit lebih untuk contigency okay!

Tuesday, April 6, 2010

Baju Tidur #2

Adik ada, Kakak mesti ada juga.
Adik punya fabrik dari Ikea, Kakak pun dari Ikea juga.
Adik punya ada kolar, Kakak punya pun mesti ada kolar juga.




The rounded edges of Peter Pan collar..
sesuai untuk baju budak perempuan.
Tapi kenapa namanya Peter Pan..bukan ke Peter Pan tu boy?


hehe nak tayang bahagian belakang pulak..
ecece..mentang2lah dah pandai jahit kolar hehe..


Lagi sekali tayang..side view pulak dah..

Cik empunya baju..
besar sikit..takpe, sengaja buat besar boleh pakai lama huhu..
Baju ni memang roomy. 
Sesuai dengan Safiya yang selalu gatal2 apabila berpeluh. 
Senang nak selak baju bila nak garu dia.
Pattern dari majalah Ottobre 3/2006, design no.18.

haih..huduh betoi dinding tu kena conteng dengan Si Safiya nih..
tunggu dekat raya lah baru cat balik..

♥ xoxo ♥

Monday, April 5, 2010

Baju Tidur #1

I finally finished Emir's PJ set.
I just love this IKEA fabric print.

Here it is. The fruit of my labour.

The Shirt

The Pants
The Collar close-up..
Yay! i did it..beautifully.. *perasan*

Front View

Right Hand Side View

Left Hand Side View

Hey-See-My-Collar View

I-want-to-sleep-oledi-loh.. View

♥ xoxo ♥

Thursday, April 1, 2010

G'day Mate!

tetiba ber-g'day mate Australian slang la pulak...
ni ha sebabnya..kain2 from Oz with love
untuk tatapan mata..
ya..diulang..tatapan mata
sayang dowhh..nak potong

thanks my fren Zuera Rahman tolong belikan..xoxo
siap ada selitan hadiah2 cumil..arghh..cumil,sayang nak guna neh.. :)

kain yang beli dari Zura (Lovemelots) haritu pon tak sampai hati nak potong...haisshh..

eh tetiba baru perasan..
dua-dua kawanku nama Zura :)

        ♦          ♦         ♦      

On another note,
remember my doodles ??

since now dah masuk April 2010, which means dah masuk 2nd quarter of 2010,
i nak review sket pasal plan i yang tak jadi tu..
heheh poyo je i cakap kunun nak jahit semua tu dalam masa 1st quarter of 2010.

yang berjaya i jahit cuma Ottobre summer pants.
itu pun sebenarnya untuk Emir tapi saiz agak besar and in the end jadi milik Safiya huhu..

lepas tu i buat pyjama.
tapi lepas potong kain, i terus abaikan kain2 for almost 2 months.
baru2 ni i sambung my UFO(unfinished object, bukan alien tau)
and alhamdullilah pyjamas basically dah siap,
tapi ada sikit2 area lagi yang perlukan final touch.
I'll show you in my next post okay!

♥ xoxo ♥
Related Posts with Thumbnails